Kriteria Pemilihan

 


KRITERIA PEMILIHAN


Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana Rendah

Bagi setiap permohonan untuk mendapatkan satu unit rumah Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah, pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria pemilihan melalui sistem berkomputer. Di antara kriteria tersebut adalah lama mendaftar, tarikh pengemaskinian terkini, tempat lahir, taraf perkahwinan, tanggungan, lama tinggal di Pulau Pinang, taraf kediaman sekarang, sebab kehilangan tempat tinggal, dan taraf pekerjaan. 


Projek Perumahan Rakyat (PPR) (disewa)

Manakala bagi permohonan untuk menyewa satu unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) (disewa), pertimbangan dan tawaran akan dibuat berdasarkan keputusan oleh panel semasa sesi temuduga diadakan. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai ahli keluarga (suami/isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang. Penentuan tawaran adalah tertakluk jumlah tanggungan dan bersesuaian dengan PPR yang dimohon.