Syarat Permohonan PPR

 

 

      SYARAT PERMOHONAN PPR (PROJEK PERUMAHAN RAKYAT)  
         
    1) Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri /suami)  
    2) Bermastautin di Negeri Pulau Pinang  
    3) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan  
    4) Pendapatan suami / isteri tidak melebihi RM 750.00 atau  
      Pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00  
    5) Tidak pernah memiliki rumah (Walaupun telah dijual, Pemohon Suami /Isteri adalah tidak layak memohon)  
    6) Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang  
    7) Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu  
      bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek  
      Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan  
    8) Dokumen Yang Perlu Disertakan Bersama Permohonan.  
       
i)
  Salinan kad pengenalan pemohon dan suami/isteri  
       
ii)
  Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon  
       
 iii)
  Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan  
       
  Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)  
       
iv)
  Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan  
       
v)
  Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut:-  
           
a)
Surat Pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon  
           
dan suami / isteri  
           
b)
Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan suami / isteri  
       
vi)
  Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut:-  
           
a)
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri  
           
 b)
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan  
       
 vii)
  Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut:-  
           
a)
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri  
       
viii)
  Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah  
       
ix)
  3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan  
       
vii)
  2 keping gambar bersaiz passport  
    9) Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan.