SMPPULAU PINANG

  • Home
  • Syarat Permohonan

Syarat Permohonan

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

  1. Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut : 
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
    2. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
    3. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
    4. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
    5. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
      • Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
      • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
      • Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
    6. Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
      • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
      • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
    7. Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
      • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
    8. Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
      • Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
    9. 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
    10. 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
    11. Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
  2. Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA
  3. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan.
    1. Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
    2. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
    3. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
    4. Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
    5. Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
    6. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
    7. Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
    8. Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
  4. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
  5. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.

* Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.

Rumah Mampu Milik

    1. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
      1. Warganegara Malaysia
      2.  Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
      3. Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
      4. Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
      5. Bekerja di Pulau Pinang
      6. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
      7. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
      8. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
      9. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
      10. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
      11. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
      12. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga di bawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon (dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008) adalah LAYAK memohon.
    2. Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.
    3. Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.
    4. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-
      1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
      2. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon
      3. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
      4. Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
      5. Salinan slip SPR
      6. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
        • Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suami
        • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
        • Pengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
      7. Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-
        • Borang EA
        • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
        • Salinan penyata KWSP terkini 
        • Akuan Sumpah Pendapatan
      8. Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-
        • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
        • Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;
      9. Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
      10. Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.
    5. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
    6. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.
    7. Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.